KEAHLIAN NETFLIX DIPERLUKAN. AKSES TANPA IKLAN & TANPA HAD UNTUK AHLI NETFLIX.
Cipta resipi aneh dan lazat untuk tetamu dalam permainan memasak terbuka ini untuk kanak-kanak. Smoothie spageti? Tembikai goreng? Marilah cubanya!
"Toca Boca Jr Kitchen" jemput semua cef muda untuk buat sepah dan mula bermain. Dengan tiga tetamu untuk dijamu, dapur yang penuh dengan alat berbeza untuk digunakan dan berbilang kombinasi makanan untuk diuji, kemungkinan yang tiada batasan. JADI KREATIF DI DAPURSiapa kata hidangan perlu nampak cantik — atau rasa lazat? Di "Toca Boca Jr Kitchen", anda boleh memasak ikut suka hati anda! Rebus salad, kisar jus udang atau goreng nenas. Cipta resipi anda sendiri dan hidangkan sesuatu yang istimewa kepada tetamu anda.SILAKAN, BUATLAH SEPAH Dengan lima alat dapur berbeza untuk dipilih, terokai semua jenis eksperimen makanan. Anda nak cincang dan saute atau hanya kisar semuanya dalam pengisar? Sediakan bahan kegemaran, buat sepah dan habiskan dengan secubit sesuatu tidak dijangkakan.
TONTON REAKSI MEREKA Masa bagi tetamu rasa! Ini pemenang? Terokai pilihan tetamu dengan melihat reaksi mereka. Kepala ikan bakar dengan baki kentang goreng dan jus kubis akan sedia sekejap lagi! Oh, tidak suka? Cuba tambah sedikit garam. Memang seronok bila dapat "ew"!
CIRI: • Tiga watak untuk diberi makan, setiap satunya ada benda yang mereka suka dan tidak suka• Peti ais yang penuh dengan bahan yang menyeronokkan, daripada buah oren kepada sotong kurita • Lima alat dapur untuk digunakan ketika memasak, termasuk pengisar dan ketuhar • Tiada peraturan atau tekanan — hanya keseronokan terbuka dan ditujukan untuk kanak-kanak • Tiada pengiklanan pihak ketiga
PERIHAL TOCA BOCA Kami percaya dengan kuasa main untuk mencetuskan imaginasi kanak-kanak dan membantu mereka mempelajari tentang dunia ini. Kami mereka bentuk produk kami daripada perspektif kanak-kanak untuk memperkasakan kanak-kanak supaya menjadi suka bermain, menjadi kreatif dan menjadi individu yang diimpikan oleh mereka. Produk kami termasuk aplikasi yang memenangi anugerah dan telah dimuat turun lebih daripada 200 juta kali di 215 buah negara dan menawarkan pengalaman main yang menyeronokkan dan terbuka.
- Permainan oleh Toca Boca.
Harap maklum bahawa keterangan Keselamatan Data terpakai kepada maklumat yang dikumpul dan digunakan dalam apl ini. Lihat Pernyataan Privasi Netflix untuk mengetahui lebih lanjut tentang maklumat yang kami kumpul dan gunakan dalam konteks ini dan selainnya, termasuklah pendaftaran akaun.
Masak-masak untuk kanak-kanak
Dikemas kini pada
18 Sep 2026
Pendidikan
Keselamatan data
arrow_forward
Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.